::Falsafah Pendidikan Malaysia::
Sunday, April 26, 2009
Seakan semalam baru disini
Tiba masanya untuk pergi
Seorang guru bukan sekadar seorang pendidik
Tetapi sebagai seorang daie
Sahabat
Destinasi perjalanan ini
Semakin menghampiri
Masa terasa semakin singkat
Terasa nafas yang terhela seakan tersekat
Sahabat
Diri ini yang dulunya di didik
Akan beralih sebagai seorang pendidik
Langkah ini perlu di atur
Agar tiada yang tersungkur
Sahabat
Ikhlaskan diri dan luruskan hadafmu
Jalan yang dipilih ini pasti ada liku
Teguhkan iman dalam diri
Moga kau sentiasa tenang biarpun di uji
Labels: Sahabat
Saturday, April 25, 2009
Sham,
Nil masih lagi mengalir tenang, sekalipun hakikatnya tidak pernah reda dengan kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyatnya. Aku seperti Nil itu. Khabarku masih baik. Cuma hidungku ini masih selesema bahana ribut pasir Khamasin yang mengamuk di Kaherah dua minggu lalu. Langit kemerah-merahan sebelum menjadi gelap-gelita. Hatta, ramai yang menyangka kiamat akan berlaku pabila siang bertukar malam serta-merta.
Sememangnya aku harus terkejut menerima kunjungan warkahmu beberapa hari yang lalu. Empat tahun tanpa sebarang berita memaksa aku beranggapan bahawa engkau tidak lagi mengenangi diri ini. Ya, zaman menengah yang manis - sebelum bergelar mahasiswa - telah kita tinggalkan. Kini aku menghampiri tahun akhir pengajian. Tinggal di Hayyu Sabi'e bersama dua orang temanku. Kalut juga memikirkan panggilan pulang yang kian menjelang datang. Harapan ayah ibu, keluarga, orang kampung, sewaktu mahu berangkat ke sini dulu, semakin acap terngiang. Dan sewajarnya aku tertarik dengan suratmu yang masih semesra dulu. Banyak persoalan yang kaulontarkan - terutama tentang Bumi Kinanah ini.
Sekadar yang kumampu, akan kuberitahu. Lantaran, sekalipun telah lebih seribu hari aku di sini - selaku seorang wanita - tidak semua tempat wajar kujejaki. Kehidupanku berlangsung sekitar Hayyu Sabi'e, Hayyu Thamin, Hayyu A'shir, Kaherah, dan universiti. Mahu bicara tentang apa ya? Membalas keluhanmu di dalam surat terhadap senario pemimpin arab, biarlah aku menyentuh tentang fenomena di sini, terutama sejarah negara ini. Sejarah Republik Arab Mesir yang bermula apabila berlakunya revolusi pimpinan Gamal Abdul Nasser. 23 Julai 1952 adalah tarikh keramat yang menyaksikan tumbangnya institusi beraja kuku besi selama ini. Beliau mati awal 70-an, seterusnya digantikan oleh Anwar Sadat yang menandatangani Perjanjian Camp David sebelum menemui ajalnya di tangan pengiringnya Khaled Islamboli - harga yang harus dibayar di atas perjanjian tercela itu. Pun begitu, Al-Azhar kekal unggul sebagai institusi ilmu Islam terulung sejak satu mileneum.
Biarpun menghadapi serangan pemikiran Barat yang menggila, yang cuba menggugat kestabilannya, namun para ulama tetap bersatu mempertahankannya. Siswazah-siswazah berketrampilan masih berjaya dihasilkan saban tahun untuk kembali memimpin umat di segenap pelosok dunia. Sehingga ke hari ini, Muhammad Sayid At-Tantawi masih lagi menerajui al-Azhar. Ah, tokoh Syeikhul Azhar yang seorang ini.
Barangkali kerana fatwanya yang sering kontroversi, para pelajar lebih mengenang kepergian Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawie yang tawaduk itu. Sebetulnya aku baru saja selesai imtihan. Bukan lagi Daur Mayu macam dulu, tapi Al-Azhar sudah beberapa tahun mempraktikkan sistem semester.
Cuti ini tidak ke mana-mana. Masa akan kuhabiskan dengan menghadiri kelas-kelas tafaqquh di samping menyertai program-program persatuan. Kala dalam pengajian inilah sebaik-baik masa untuk menyiapkan diri menghadapi masyarakat kelak. Setagal lagi, ada tanggungjawab yang menanti. Jadi, usah terlupa, aku ingin mendengar cerita-ceritamu pula dari Lembah Urdun.
Menikmati hasil kepekaanmu meladeni senario pergolakan di rantau sebelah sini. Nilofar Kaherah 29 Jun 1999 Sham masih terkasima apabila menerima surat bercop Madinah Nasr, Kaherah itu. Semacam tidak percaya. Penantiannya selama ini berakhir juga.
Dia tersenyum sendiri. "Alhamdulillah. Ada harapan…," bisiknya perlahan, antara dengar dengan tidak. Wajah lembut menawan bermata jeli segera memenuhi ruang mata. Dia belum betah melupakan kemesraan silam, apalagi membiarkan ia terpadam. Uzair yang ralit membaca, sempat menangkap kalimat itu. "Harapan apa?" Sham menunjukkan sampul surat bercorak papirus buatan Mesir. Uzair masih lagi belum faham. Tanpa sebarang jawapan, dengan senyuman yang masih melebar, Sham menghadapi monitor, dan terus sahaja membalas: Nil, Terima kasih. Aku juga tidak percaya engkau masih menganggapku sebagai sahabat, walaupun sekian lama terpisah jauh.
Aku masih lagi mengenang dunia persekolahan yang riang. Yang nyata, jarak bukanlah pemisah yang berupaya mengasingkan kita. Nostalgia silam masih terkulum kemas. Aku bersetuju dengan kata-katamu. Ya, seharusnya kita yang berada di Timur Tengah peka dengan kemelut rantau yang senantiasa bergelora ini. Jadikan ia iktibar paling mahal dalam rangkaian pengalaman sepanjang hayat. Aku tertarik amat dengan perbicaraanmu tentang Perlembahan Nil dan sosiopolitiknya. Walaupun ringkas, namun padat intinya.
Tetapi, apa kurangnya di Bumi Isra' ini? Mungkin engkau hanya mengenali Jordan sebagai negara yang rajanya berketurunan Rasulullah SAW, dan punya permaisuri yang demikian jelita. Sejarahnya, sosiopolitiknya, masa depannya, tidak seindah yang disangka. Malah khalayak selalu disogokkan dengan penipuan dan lakonan yang bersinambungan. Jordan asalnya tidak wujud. Yang ada hanyalah Sungai Jordan yang terletak dalam Palestin. Namun, sejurus berlakunya Revolusi Besar Arab, dan tersungkurnya Khilafah Uthmaniyyah di tangan Kamal Attaturk, sejarah asalnya tidak boleh dipakai lagi.
Hasil penjajahan Barat dan perpecahan arab, negara-negara di Asia Barat wujud begitu pesat. Maka, muncullah Arab Saudi, Jordan, Syria, Lebanon, dan Palestin (belum dicampur negara-negara di Teluk). Dan semestinya tidak ramai yang ambil tahu penyelewengan fakta sejarah ini malah tidak mengenali siapa sebenarnya pengasas negara Jordan ini - Syarif Hussin. Seperkara lagi, negara bersistem monarki ini, terlalu kerap bertukar Perdana Menteri. Melucukan. Serasanya, hingga kini jumlahnya hampir mencecah angka 40 sejak kemerdekaan Jordan pada 1946. Pimpinan yang tidak serasi dengan politik rajanya, akan dicantas bila-bila masa.
Aku bermastautin di Irbid, bandar ketiga terbesar di negara ini, 40 km dari sempadan Jordan-Israel. Penempatan yang hampir dengan kampus membolehkan kami berjalan kaki ke kuliah. Dengan jumlah pelajar Melayu yang kian susut tahun demi tahun, tidak sukar untuk kami mengenali setiap penuntut di sini. Dan semestinya kefasihan Lughah Arabiah lebih terjamin memandangkan Jordan tidak seteruk Mesir, Arab Saudi, dan negara-negara arab lain yang punya lahjah sendiri dan pekat 'ammienya.
Peluang untuk bertutur bahasa arab fushah terbuka luas. Namun segalanya bertolak dari diri kita juga - kebijaksanaan kita memanfaatkan suasana. Kembali berbicara soal Dataran Syam; tidak sah tanpa menyentuh Yahudi - bangsa terlaknat zaman-berzaman.
Kebencian terhadap Yahudi terlalu membuak di hati. Malah aku tinggal berjiran dengan pemuda Palestin yang punya memori ngeri. Satu keluarganya ditembakYahudi, dan dia jadi pelarian. Di sini, setiap hari melihat tampang Yaser Arafat yang berucap terketar-ketar di televisyen akan membibit rasa jelak yang tidak sedikit. Kami tidak pernah percaya dia akan membela bangsanya, sebaliknya mengkhianatinya. Lelaki nasionalis-sekularis tua itu tidak pernah menguntungkan Islam.
Apabila membaca buku 'Al-Yahudiyyah' tulisan Dr. Ahmad Syalaby, kau akan tahu betapa jijiknya bangsa paling pengecut itu. Betapa halusnya dan telitinya jarum-jarum dan strategi mereka. Kau tentu pernah mendengar tentang gagasan Israel al-Kubra, dari Nil hingga ke Furat; juga pertubuhan seperti Rotary dan Lions yang didalangi Freemason. Agen mereka ada di mana-mana.
Tetapi yang lebih menyedihkan adalah pemimpin-pemimpin arab yang kurasakan lebih hina dan munafiq. Jangan terkejut jika aku pernah membaca betapa Gamal Abdul Nasser itu pengkhianat besar (pastinya sumber ini tidak didapati di Mesir) yang telah bersekongkol dengan Yahudi di balik tabir. Memang dia politikus yang pendiam, tetapi oportunis dan licik. Malah ada kajian yang mendakwa latar belakangnya diragui. Dia berdarah Yahudi? Nil, tentunya kau dapat mengesan emosiku yang naik memuncak bila berbicara soal kemelut di Timur Tengah.
Pastinya sudah lumat kautelan hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya berbunyi: "Barangsiapa yang tidak 'ihtimam' terhadap hal ehwal orang-orang mukmin, maka ia bukan dari kalangan kami." Aku sebetulnya terlalu sedih dengan suasana pergolakan di sini. Sandiwara bodoh yang dilakonkan oleh munafiq moden dalam penjajahan bentuk baru. Perang Salib sebetulnya belum lagi berakhir.
Akhir-akhir ini aku kian kerap membaca tentang Mesir. Gerak hati mahu ke sana, tetapi segalanya baru perencanaan. Rasanya, tidak salah kiranya aku mahu melawat Medan Tahrir tempat Sofia Hanim Zaghlul dan Huda Sha'rawie mencetuskan "Tahrir al-Mar'ah", Piramid dan Sphinx di Giza, Kota Solahuddin di Iskandariah, dan menyaksikan pertemuan dua laut di Dumyat - di samping menziarahi teman-teman seperjuangan. Dan aku juga mahu kembara mencari suatu kepastian!
Shamsul AzlyIrbid 14 Julai 1999
"Jadi kau ke Mesir cuti soifi ni?" Sham mengangguk. Tangannya mencapai sekeping surat yang diunjukkan Uzair. Melihat tulisan tangan di sampul, sudah tahu daripada siapa. Terasa tidak sabar mahu mengetahui isinya. "Ramai lagi akhawat di sini, masih memilih yang Azhariah? Tarbiahnya ' kan sama." "Sama tapi tak serupa. Yang pertama itu lebih membekas di jiwa," jawab Sham dalam nada selamba, seraya tergelak kecil melihatkan sahabatnya menggeleng-geleng. "Aku ada membaca: Sungai Nil mengalir songsang. Betul?" tanya Uzair lagi sebelum berlalu. Sham sengih. Soalan itu tidak menarik perhatiannya. Dadanya berdebar-debar kencang. Tanpa lengah, bucu surat dikoyak, lalu isinya dikeluarkan.
Dia mula membaca: Sham, Benarlah, seperti katamu, kepekaan adalah deria yang paling mahal. Justeru, aku membalas suratmu ini, biarpun naluriku semacam kurang enak. Kepastian apakah yang kauinginkan? Aku kagum dengan kepekaan dan kesedaranmu yang sampai tahap itu. Nyata thaqafahmu jelas mantap, dan siapa sangka boleh membantu menolakmu suatu hari nanti menjadi politikus terkemuka, atau paling tidak penulis politik. Ya, pokoknya kemahuan dan keikhlasan dalam perjuangan. Majalah Al-Wa'yu Al-Islamie yang kubeli kelmarin menyebut tentang gerakan Ikhwanul Muslimin di pelosok Tanah Arab, tanpa menyatakan pergerakan pertubuhan itu di tempat kelahirannya - Mesir. Ia gerakan atau 'harakah' mujaddid Islam yang pertama selepas terkuburnya Khilafah Uthmaniyyah pada 1924. Gerakan yang menghidupkan kembali kewajipan jihad dan berusaha menegakkan daulah Islamiyah di maya pada ini. Diasaskan di Ismailliyah oleh As-Syahid Hasan al-Banna pada 1928. Jelasnya, Hasan bukanlah seorang filsuf, tetapi daya pemikirannya dan tahap kefahamannya terhadap Islam mendahului zamannya.
Kitab "Majmu' Rasa'il Hasan al-Banna" ada menjelaskan dasar pemikiran dan idea-idea bernasnya. Namun, dunia Islam dirasakan terlalu awal menyaksikan kematian mujaddid kurun ke-20nya ini lewat 12 Februari 1949. Ah, semua pendokong gerakan Islam semestinya mengingati peristiwa pembunuhan beliau di hadapan ibu pejabat pertubuhan Syu'banul Muslimin oleh mereka yang kemudiannya terbukti dari kalangan Polis Rahsia Mesir. Mengusik tentang dua dataran ini, sering peranan mahasiswa menjadi persoalan. Soal kita yang bergelandangan ke mari untuk mengutip ilmu-ilmu Allah.
Segalanya bertolak dari niat. Tapi niat itulah yang selalu disalah terjemahkan. Masih ramai yang ke Timur Tengah untuk mengejar segulung syahadah, tanpa memikirkan betapa thaqafah Islamiyyah dan pengalaman berorganisasi sangat penting. Pembentukan sahsiah da'ie sewajibnya bermula di sini - sekadar tazkirah untuk kita bersama. Akan tetapi, engkau kurasakan masih lagi Sham yang aku kenali.Yang kental semangatnya, berjiwa besar, juga iltizam dengan prinsip dan dasar perjuangan. Dan aku terus-terusan segan dengan persahabatan ini. Sejak zaman persekolahan, malah sehingga kini, aku masih gagal mengatasimu dalam bidang apa pun. Semakin panjang surat ini kukarang, semakin terasa bersalahnya. Mungkin inilah suratku yang terakhir, justeru usah aku kauhubungi lagi.
Engkau belum mengerti, Sham, bahkan aku sendiri begitu berat untuk memahamkanmu. Kemalangan telah membunuh kedua orang tuaku dalam sekelip mata. Kami kehilangan tempat bergantung. Adik-beradikku dibela oleh saudara-mara. Dan aku sendiri tidak tahu hitam putih masa depanku, lantas merelakan diri ini… biarpun aku sebenarnya belum bersedia. Akhbar hari ini menyebut, Hosni Mubarak mengugut Sudan yang dikatakan terlibat dalam konspirasi membunuhnya lewat letupan bom berhampiran istananya baru-baru ini. Sedihnya.
Sesama negara Islam yang berjiran - malah berkongsi air Sungai Nil- masih lagi bercakaran. Namun Nil kekal seperti dulu. Mengalir songsang dari selatan ke utara. Menerima apa saja yang berlaku di perlembahannya. Pun aku seperti Nil itu. Pasrah. Menerima seorang 'Azhari' untuk memimpin si yatim piatu yang masih samar-samar hari depannya ini, dan menemaniku sepanjang hayat. Sham, teruskan perjuanganmu. Maafkan dan lupakan aku. Aku bakal isteri orang! Nilofar Kaherah 26 Ogos 1999 Sham melipat surat dua helai yang baru selesai dibacanya.
Tubuhnya bergetar, disandarkan ke kusyen. Menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan. Dia berdiri, melangkah masuk ke kamar,dan menghempaskan tubuh di tilam. Atmanya sedikit terusik. Dalam hati diam-diam mengakui.
Benarlah, Nil itu mengalir songsang!
Glosari:
Tahrir al-Mar'ah - pembebasan wanita
Soifi - musim panas
Akhawat - saudara-saudara perempuan
Majmu' Rasa'il Hasan al-Banna - Kumpulan Risalah Hasan al-Banna
Labels: Pendidikan Islam
Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan. Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya. Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat). WAllahu a'lam
assalamualaikum wrt...kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!
Labels: Pendidikan Islam
BERSAMBUNG...........
p/s: Bagi sesiapa yg ingin mengikuti sambungan cerita ini, sila dapatkan di ruangan Bahan P&P
Create by blogkita86.blogspot.com
Labels: Pendidikan Islam
Wednesday, April 22, 2009
Seorang penebang pokok yang telah menebang pokok selama 35 tahun diberitahu bahawa dia boleh menebang 5 batang pokok sehari sekiranya dia menebang menggunakan 'chain saw'. Berbanding cara lamanya dengan menggunakan kapak dan tali, dia hanya dapat menebang sepokok sahaja. Gembira dengan perkhabaran ini, dia pun terus pergi ke sebuah kedai mesin untuk membeli 'chain saw'.
Keesokan harinya dia pun mencuba mesin barunya tetapi hanya mampu menebang sebatang pokok sahaja. Keadaan ini diberitahu kepada isterinya apabila pulang ke rumah. Isterinya berkata, " esok awal pagi awak pergi menebang dan pulang lambat sedikit." Lalu dituruti pesan isterinya itu tetapi hasilnya cuma dua batang sahaja dapat ditebang dengan kepenatan yang amat dahsyat.
Keesokan harinya dia membawa mesin itu ke kedai dan berkata, " awak kata saya boleh tebang lima batang pokok sehari, tapi saya hanya dapat tebang satu hingga dua batang sahaja."
Jurujual pun menjawab, " biar saya periksa dulu." Lalu ditariknya tali dan mesin 'chain saw' itu pun hidup dan berbunyi dengan kuatnya.
Penebang pokok itu berkata," eh, gergaji ini boleh hidup rupanya?"
(Koleksi Kisah Ceria Pengasuh Akhlak Mulia )
p/s: teknologi akan bermanfaat jika kita peka dengan perkembangan tersebut. =)
Labels: Renungan
Tuesday, April 14, 2009
KEBAIKAN INTERNET
PENGENALAN
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
PERANAN KOMPUTER DAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.
Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
- Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
- Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
- Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
- Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
- Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan.
Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
INTEGRASI INTERNET DALAM PENDIDIKAN
Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik.
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Pertama
- Kedua
- Ketiga
- Keempat
Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
· E – mail (Mel Eletronik)
· Laman Web (WWW)
· Internet Relay Chat (IRC)
· Telnet
· Kumpulan Diskusi dan Berita
· File Transfer Protocal (FTP)
Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):
- Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
- Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
- Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
- Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
- Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
- Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
- Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
- Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".
Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):
- Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
- Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
- Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
- Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi
Labels: Pendidikan
Monday, April 13, 2009
PENGENALAN
Syed Muhammad Naquib al-Attas, (1999) mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Pendidikan Islam pula ditakrifkan oleh Ahmad Mohd Salleh (2004) sebagai suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Manakala menurut Mohd Yusof Ahmad (2004) pula, Pendidikan Islam adalah satu usaha atau proses mengajar, mengasuh, mendidik dan mengembangkan potensi individu dari segi aqli, rohani, jasmani dan emosi supaya menjadi insan seimbang yang mampu untuk membangun diri, keluarga dan masyarakat berdasarkan ajaran Islam, di samping itu ia juga berusaha untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat. Pendidikan Islam ini bukan sahaja mata pelajaran di sekolah, tetapi satu proses pembentukan manusia berdasarkan ajaran Islam. Ia juga bermaksud sistem yang bersumberkan wahyu, iaitu satu sumber yang sempurna untuk mendidik manusia bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Tujuannya ialah melahirkan muslim yang soleh, yang dapat membangun diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang diredhai Allah.
Melalui definisi dan maksud di sebalik Pendidikan Islam seperti yang dihuraikan di atas, dapatlah kita fahami betapa besarnya peranan guru Pendidikan Islam dalam mendidik pelajar-pelajar agar tujuan yang Pendidikan Islam itu benar-benar dicapai. Namun begitu, untuk mencapai tujuan tersebut guru Pendidikan Islam masa kini menghadapi banyak cabaran khususnya dalam melaksanakan persekitaran bilik darjah dan sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Sebelum melihat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam, lebih elok diteliti apakah maksud cabaran, kondusif dan apakah pula prinsip-prinsip Islam.
Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, cabaran diertikan sebagai sesuatu yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Kondusif membawa erti sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu.
Prinsip-prinsip asas ajaran Islam pula ialah sesuatu yang dilakukan itu mestilah berteraskan al-Quran, as-Sunnah, ijma’ ulama’, qias serta selari dengan nilai-nilai Islam. Jadi di sini, dapat kita fahami bahawa yang dimahukan di sini ialah apakah cabaran atau indikator-indikator yang menguji kemampuan guru Pendidikan Islam dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah dan sekolah yang sesuai dengan ajaran Islam iaitu berteraskan sumber Islam yang dibenarkan.
Cabaran ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-
1. Cabaran dalam melaksanakan persekitaran bilik darjah selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
2. Cabaran dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
1. Cabaran dalam melaksanakan persekitaran bilik darjah selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
Cabaran : Kesamaran peranan sebagai guru Pendidikan Islam.
Hari ini dapat dilihat berapa ramai guru lebih bersikap ‘menjalankan tugas sahaja’ bagi memenuhi arahan dari pihak atasan samada pengetua, Pegawai Pelajaran Daerah atau Kementerian Pendidikan. Guru akan kurang berusaha menentukan pembelajaran yang berkesan dan lebih mudah memenuhi ’keperluan pentadbiran’ kerana ia diperhatikan dan dihargai oleh orang atasan. Oleh itu mereka mengabaikan ’keperluan pelajar’ di bilik darjah. Ini menimbulkan rasa tidak ikhlas di dalam diri guru dalam mendidik. (Ishak Haron, 1993)
Mereka lupa bahawa Islam memandang tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Guru adalah murabbi, muallim, mudarris, alim atau ulama pada kaca mata Islam. Mereka menyampaikan ilmu-ilmu Allah supaya setiap yang dididiknya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. (Ahmad Mohd Salleh, 1995)
Cara penyelesaian :
Sebagai guru Pendidikan Islam, amalan muhasabah diri perlu dilaksanakan. Fungsi dan peranan dalam membentuk ummah perlu direnung semula. Kegagalan memahami fungsi dan peranan yang sebenar akan memberi kesan yang amat besar kepada pembentukan ummah.
Selain itu, guru perlu mengetahui, memahami dan menghayati isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam melangkaui batasan sukatan pelajaran, menguasai ilmu naqliyyah dan ilmu aqliyyah pada tahap yang membanggakan, dan pelbagai lagi. Guru juga perlu mengetahui dengan luas berkaitan pedagogi dan psikologi pembelajaran di samping melengkapkan diri dengan kemahiran pengurusan bilik darjah. (Nik Azis Nik Pa, 1993)
Perkara yang penting juga ialah sebagai seorang pendidik, guru harus mempamerkan sifat-sifat terpuji yang dapat diterima oleh pelajar, masyarakat dan rakan sekerjanya. Antara sifat seorang guru ialah tegas, ramah, suka berjenaka, adil, dedikasi, toleransi, pandangan luas dan dinamik. Sifat dinamik ini perlu dimiliki oleh guru supaya tidak ketinggalan di belakang dalam arus pengetahuan yang semakin berkembang.
Oleh itu guru Pendidikan Islam perlu memahami, menghayati dan berusaha mencapai apa yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Peranannya sebagai penyemai nilai-nilai murni, pembimbing, fasilitator, kaunselor, sebagai contoh teladan, hakim dalam memberi hukuman sewajarnya kepada pelajar-pelajarnya perlu diambil berat. (Shahril Marzuki & Habib Mat Som, 1999)
Cabaran : Minat dan perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.
Kebanyakan murid berpandangan bahawa Pendidikan Islam hanyalah salah satu dari mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Bagi pelajar yang beragama Islam, mereka diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran ini. Ramai di antara mereka yang bersungguh-sungguh menguasai mata pelajaran ini semata-mata untuk memperolehi A di dalam keputusan peperiksaan. Sedangkan fungsi Pendidikan Islam jauh lebih besar daripada itu. (Che Noraini Hashim, 2005)
Apabila sudah begitu perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, mana mungkin akan timbul minat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Jauh sekali untuk menghayati pelajaran tersebut. Kesannya apabila tiba giliran mata pelajaran ini, murid-murid tidak melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah. Hanya segelintir sahaja murid yang mungkin memberikan tumpuan. Tetapi diganggu pula oleh murid-murid lain yang bising di dalam kelas. Apabila situasi ini berlaku, pembelajaran yang kondusif di dalam kelas tidak dapat diwujudkan.
Cara penyelesaiannya :
Jadi di sini, nampak bahawa guru perlu memainkan peranan yang penting. Guru perlu menerangkan hakikat Pendidikan Islam di sekolah di mana ia mempunyai dua tujuan besar iaitu untuk memberi pengetahuan agama Islam kepada pelajar sebagai satu pelajaran untuk tujuan peperiksaan dan peranan paling besar ialah untuk membimbing murid sekolah agar menghayati agama Islam untuk tujuan amalan dan penghayatan. Jadi, selain pelajar menguasai fakta-fakta untuk tujuan peperiksaan, mereka juga harus dibimbing untuk mengamal dan menghayati agama Islam. Tugas kedua ini adalah sesuatu yang tersirat dalam tugas guru Pendidikan Islam. Ini harus disedari oleh semua guru Pendidikan Islam kerana tugas mereka tidak hanya terhad kepada memberi pengetahuan agama sahaja sebagaimana yang digariskan dalam sukatan pelajaran tetapi juga menanam minat dan cinta terhadap agama yang menjadi pegangan hidup mereka. (Azman Wan Chik, 1987)
Namun persoalannya ialah berapa ramai guru yang menyedari hakikat ini? Adakah mereka berusaha lebih daripada menyalurkan ilmu untuk tujuan peperiksaan sahaja? Adakah mereka mampu menjadikan bilik darjah itu menarik dan murid-murid minat untuk mendalaminya?
Cabaran : Keadaan bilik darjah yang tidak memuaskan.
Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)
Cara penyelesaiannya :
Di sini pihak yang terbabit untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak pengurusan atau pentadbiran sekolah di mana mereka perlu berusaha mendapatkan kemudahan bilik darjah yang masih tidak mencukupi. Pihak kedua ialah peranan guru itu sendiri. Guru yang bermotivasi tinggi, kreatif dan inovatif akan mempunyai semangat dan idea-idea yang kreatif dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Guru tersebut perlu bijak dalam membentuk dan menyusun susunan peralatan dan barang-barang yang terdapat di dalam bilik darjah agar nampak tersusun dan tidak berselerak.
Aspek keceriaan juga ada kalanya memberikan kesan yang tinggi terhadap suasana bilik darjah. Kepelbagaian hiasan di dinding seperti ayat-ayat al-Quran, nas-nas hadis, kata-kata motivasi dari para ulama’ , sudut pameran kerja pelajar,sudut pengetahuan, sudut maklumat, sudut bacaan dan sebagainya akan mewujudkan suasana kondusif pembelajaran pelajar dan memotivasikan mereka. Sampel kerja-kerja pelajar yang terbaik seperti karangan, lukisan, matematik dan sebagainya boleh dipamerkan di bilik darjah supaya ia mendorong pelajar lain membaiki kelemahan mereka.
Di sini guru perlu menerapkan nilai-nilai Islam iaitu mementingkan kebersihan, kepentingan bekerjasama menjaga barang-barang, saling tolong menolong dan sebagainya lagi. (Abd. Rahim Abd. Rashid)
Untuk mengatasi masalah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam bilik darjah, ia mungkin boleh mengutarakan masalah tersebut kepada pihak pengurusan sekolah untuk diambil jalan penyelesaiannya.
Cabaran : Masalah disiplin dan keruntuhan akhlak pelajar.
Untuk mewujudkan bilik darjah dan sekolah yang kondusif itu bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Ada sesetengah sekolah dihadapkan dengan masalah disiplin dan keruntuhan akhlak yang teruk dalam kalangan murid-muridnya. Menurut Zawawi Ahmad (1996), akhlak ialah suatu menifestasi hidup yang luas yang mencakupi kegiatan menghubungkan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan semua makhluk Allah yang lain di dunia ini. Akhlak manusia adalah sangat peka dan mudah berkesan dengan sebarang tingkah laku sama ada baik ataupun buruk. Oleh yang demikian Rasulullah sering mengingatkan umatnya tentang mustahaknya akhlak dibentuk dengan baik.
Namun akibat pengaruh dari barat, media massa dan sebagainya, kita dapat lihat betapa runtuhnya akhlak dalam kalangan murid Islam pada masa kini. Rakan sebaya juga mempengaruhi akhlak pelajar. Sebagai contohnya, pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk menimbulkan masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Contohnya menghisap rokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah, merosakkan harta benda sekolah, ponteng kelas, bersembunyi di dalam tandas dan sebagainya lagi. (Ibrahim Mamat,1997) Pelajar-pelajar seperti inilah yang selalu menimbulkan masalah dan gangguan apabila berada di dalam bilik darjah.
Cara penyelesaiannya :
Untuk mengatasi masalah ini guru Pendidikan Islam memerlukan bantuan dan kerjasama dari pihak lain samada ibu bapa, guru-guru lain, pihak sekolah dan juga perhatian masyarakat. Apabila semua turut memberikan perhatian terhadap masalah ini, sedikit sebanyak ia akan mengurangkan masalah ini. Pihak sekolah sebagai contohnya perlu mengenakan tindakan disiplin bagi murid-murid yang terlibat dengan masalah ini. Apabila pelajar-pelajar seperti ini sudah dapat dikawal, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih kondusif.
Selain itu, guru Pendidikan Islam perlu mempelbagaikan kaedah yang digunakan untuk membolehkan murid tertarik untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Islam ini. Antara kaedah tersebut ialah kaedah perbandingan, kaedah soal jawab, kaedah perbincangan, kaedah syarahan, kaedah hafalan, kaedah tulisan, kaedah pemahaman, kaedah ulangan, kaedah permainan, kaedah amali dan demonstrasi, kaedah eksperimen, kaedah bercerita dan kaedah pelaziman.(Ghazali Darussalam, 2004).
Kaedah dan teknik yang dipilih haruslah berdasarkan umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. ( Mok Soon Sang,1991) Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) merupakan untuk memastikan murid menerima pengetahuan dan kemahiran yang diajar. Ia memberi peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran. Contoh alat bantu mengajar ialah tayangan video,MP4, tayangan slide, kad manila, komputer, buku teks, buku rujukan, kertas mahjong, kertas A4 dan lain-lain lagi. (Ahmad Mohd Salleh, 2004)
Penggunaan kepelbagaian teknik dan kaedah yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta dibantu dengan alat bantu mengajar membolehkan pelajar terlibat secara aktif di dalam bilik darjah. Dari situ, pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Azman Wan Chik (1987) mengesyorkan guru agar berusaha untuk menjadikan bilik darjah Pendidikan Islam sebagai satu medan yang indah dan menarik sehingga murid di dalamnya tidak ingin keluar dan murid yang di luar berebut-rebut untuk masuk ke dalam.
2. Cabaran dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
Cabaran : Budaya dan pengurusan sekolah
Kebanyakan sekolah pada hari ini lebih menumpukan kepada aspek kecemerlangan akademik seperti mengadakan program motivasi, bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan dan seumpamanya. Aktiviti-aktiviti bercorak pemupukan nilai kurang mendapat sambutan.Contohnya aktiviti gotong royong, ceramah-ceramah kerohanian dan sebagainya lagi. (Shahril Marzuki & Habib Mat Som, 1999). Hal-hal berkaitan program-program sekolah dan sebagainya ini berkait rapat dengan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Cara penyelesaiannya :
Pihak pengurusan hendaklah mempunyai misi dan wawasan yang jelas berlandaskan budaya, nilai agama dan akhlak yang didokong oleh warga sekolah. Kurikulum dirangka dan dilaksanakan harus memberi kepada peneguhan ilmu tentang akidah dan akhlak samada dalam buku teks, pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti dalam bilik darjah dan sekolah. Aspek agama dan nilai perlu ditekankan merentasi kurikulum dan kesepaduan ilmu wahyu dan ilmu sains tabii dan sains kemanusiaan. Kegiatan ko-kurikulum juga harus menyokong pemupukan aqidah dan akhlak di samping menyediakan ruang untuk penambahan pengalaman ilmiah, disiplin dan tanggungjawab kepemimpinan. Sewajarnya pihak pengurusan menyediakan prasarana untuk melaksanakan aktiviti ko-kurikulum berbentuk ibadah seperti berkhemah dan bertamrin hujung minggu di sekolah,di luar dan sebagainya.
Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nlai-nilai aqidah dan akhlak supaya pelajar berasa selamat, sentiasa ingin berbakti dan berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi iaitu mencari keredhaan Allah bukan hanya untuk menggembirakan warga sekolah, ibu bapa dan guru. Sebahagian dari budaya ini adalah sifat muraqabah iaitu merasa Allah sentiasa memerhati mereka dan muhasah iaitu Allah akan menghitung perbuatan mereka untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya jika setiap warga sekolah bermula dari pengetua, guru, kakitangan sokongan sehingga kepada pelajar menghayati nila-nilai akhlak ini, sudah tentu sekolah yang kondusif berdasarkan nilai-nilai Islam ini dapat diwujudkan. ( Jabatan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 1999).
Cabaran : Ketidakselarasan pendidikan ibu bapa di rumah dengan pendidikan di sekolah.
Situasi ini akan berlaku apabila guru Pendidikan Islam mengajar sesuatu yang tidak menjadi suatu amalan di dalam keluarga murid tersebut. Misalannya, murid diajar tentang kewajipan menunaikan solat walau di mana sahaja berada. Tetapi apabila pulang ke rumah, dia melihat ibu bapanya tidak menunaikan solat. Maka pengaruh ibu bapanya akan melebihi ajaran guru di dalam bilik darjah. Tambahan pula jika guru tersebut tidak mempunyai kualiti dan daya sebagai
seorang pendakwah yang berkesan. (Azman Wan Chik, 1987)
Contoh yang lain ialah di sekolah, guru mengajar berkaitan budi pekerti, atau adab pergaulan dan akhlak yang baik. Umpamanya bercakap dengan menggunakan suara yang lemah lembut, mesra dan saling hormat menghormati, menunaikan suruhan Allah dan nilai-nilai murni yang lain. Namun, lain pula suasana yang wujud di dalam keluarga atau masyarakat pelajar tersebut.
Cara penyelesaiannya :
Dalam menghadapi cabaran di atas, di awal pembelajaran lagi, guru Pendidikan Islam menjelaskan apakah pendidikan Islam, tujuan dan matlamat Pendidikan Islam dan kesan sekiranya tidak mempraktikkan apa yang dipelajari. Guru juga perlu bersungguh-sungguh memikirkan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk memberi kefahaman yang benar-benar boleh meyakinkan murid bahawa apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas itu adalah benar untuk mengelakkan mereka terpengaruh dengan ibu bapa yang tidak menunaikan ajaran Islam.
Jalan paling mudah dan lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah ini ialah apabila ibu bapa menjalankan tugas dan tanggungjawab yang betul dengan memberikan pendidikan tidak formal kepada anak-anak mereka, dan pendidikan tidak formal itu selaras dengan pendidikan formal di sekolah. (Atan Long,1983).
Untuk memberi kesedaran tentang perkara tersebut kepada ibu bapa bukanlah suatu perkara yang senang. Pertemuan antara guru dan ibu bapa boleh diaturkan melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru. Melalui pertemuan tersebut,guru Pendidikan Islam perlulah memainkan peranan menyelitkan unsur-unsur Pendidikan Islam dan memberi kesedaran peri pentingnya ibu bapa berpegang dengan ajaran Islam serta kepentingan ibu bapa menyelaraskan pendidikan tidak formal di rumah dengan pendidikan formal di sekolah. Tugas guru bukanlah beralih kepada seratus peratus mengubah masyarakat pula, tetapi usaha semua itu penting demi mencapai tujuan Pendidikan Islam di sekolah agar pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah dan sekolah secara Islam dapat diwujudkan.
Cabaran : Ketidakselarasan pendidikan masyarakat dengan pendidikan di sekolah.
Menurut Atan Long (1983), kepentingan guru tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan tiap-tiap ahli masyarakat di dalam zaman moden ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru dan proses pendidikan yang lain. Walaupun pendidikan lain yang berupa pendidikan tidak formal itu penting, tetapi oleh kerana pendidikan formal yang disampaikan di sekolah merupakan pendidikan yang bersistem, maka masyarakat lebih menumpukan harapan kepada pendidikan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Namun, di dalam banyak hal tidak terdapat keselarasan di antara apa yang dikemukakan di sekolah dengan apa yang diamalkan di dalam masyarakat.
Contohnya guru mengajar tentang haramnya judi, tetapi murid melihat judi berleluasa di dalam masyarakat. Maka, konflik akan timbul dalam diri mereka. Hal ini akan menyebabkan kurangnya kepercayaan mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru di sekolah terutama bagi murid-murid yang masih mentah. (Azman Wan Chik, 1987). Inilah yang dikatakan cabaran kepada guru Pendidikan Islam.
Cabaran : Kurangnya guru-guru mata pelajaran lain untuk turut serta menerapkan nilai-nilai Pendidikan Islam dalam pengajaran mereka.
Mata pelajaran sepatutnya disebut sebagai Pengetahuan Agama Islam. Hal ini kerana ia adalah bahan ilmu yang disampaikan kepada murid sebagai asas kepada Pendidikan Islam.
Apabila guru-guru lain tidak sama-sama cuba menerapkan nilai-nilai Pendidikan Islam dalam diri murid, maka tugas guru Pendidikan Islam akan menjadi berat. Cabaran inilah yang perlu ditempuhi oleh mereka.
Cara penyelesaiannya :
Pendidikan Islam sepatutnya ada dalam setiap mata pelajaran sekolah khususnya guru-guru yang beragama Islam. Umpamanya, dalam pelajaran Ekonomi dan Prinsip Akaun, pada masa yang bersesuaian, guru hendaklah menerapkan unsur Pendidikan Islam iaitu dengan menasihatkan pelajar supaya betul dan tidak ada unsur tipu ketika membuat kira-kira kewangan.
Contoh lain ialah dalam mata pelajaran sejarah, menceritakan tentang kezaliman seseorang pemerintah yang menyebabkan ramai rakyatnya menderita. Akhirnya rakyat bangun memberontak yang menyebabkan ramai yang mati dan cedera. Dari situ guru boleh menasihatkan pelajar supaya jangan jadi penguasa seperti itu kerana ia merosakkan orang lain, dibenci masyarakat dan dikeji oleh Allah. al-Ibrashy,1976 (Dalam Mohd Yusuf Ahmad, 2004).
Cara meminta pelajar-pelajar memikirkan apakah moral sesuatu peristiwa atau kejadian juga merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan. (Amla Mohd.Salleh, 1995)
Cabaran : Kekurangan infrastruktur dan prasarana yang lengkap.
Sesetengah sekolah khususnya yang terletak di kawasan pedalaman, masih kekurangan infrastruktur dan prasarana yang lengkap. Semua ini akan menyukarkan guru Pendidikan Islam untuk mewujudkan suasana sekolah yang Islamik. Contohnya tiada kemudahan surau.
Cara penyelesaiannya :
Menurut Razali Ismail (1992), kemudahan dan infrastruktur pendidikan guru perlu disediakan dengan secukupnya. Antaranya kemudahan pusat sumber, pusat penyuburan ilmu, makmal teknologi dan vokesyenal, makmal komputer, bahan rujukan, bilik kuliah, bilik pengajaran mikro, asrama, gimnasium, dewan perhimpunan, perabot, peralatan rekreasi, kenderaan dan staf sokongan.
Mengikut Mohd Yusuf Ahmad (2004), surau sekolah adalah untuk pelajar-pelajar melakukan praktikal ibadat serta kegiatan lain termasuk solat berjemaah, tilawah al-Quran, tazkirah dan lain-lain. Pihak sekolah bertanggungjawab mendirikan surau di sekolah masing-masing. Ini semua adalah untuk memantapkan Pendidikan Islam yang telah diberikan dalam bilik darjah dan juga untuk menghidupkan amalan dan penghayatan Islam secara yang lebih berkesan.
Namun bagi guru Pendidikan Islam yang kreatif, sementara menunggu proses pembinaan surau dibuat, mana-mana bilik darjah yang tidak digunakan, boleh diganti sebagai surau.
PENUTUP
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah tugas guru ini amatlah berat. Lebih-lebih lagi sebagai guru Pendidikan Islam. Amanah Allah yang dipikul, hasrat negara yang terbeban di bahu, harapan dari pihak sekolah, kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa, masyarakat yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik di dalam pendidikan dan sebagainya lagi menjadikan tugas ini semakin rumit.
Seorang pendidik itu perlu berperanan sebagai seorang orang tua yang baik, memiliki sifat kasih sayang, adil dan memiliki ilmu yang mendalam. Guru juga perlu mempunyai hubungan yang harmoni dengan ibu bapa dan pelajar serta bijak mengurus bilik darjah. Namun tugas pendidik bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja, tetapi berterusan memantau pelajar walau di mana mereka. Gamal Abdul Nasir Zakaria (2003)
Namun sebagai guru Pendidikan Islam, kita harus berpegang kepada firman Allah mafhumnya, setiap kesulitan itu akan ada kemudahan. Sifat ikhlas dan zuhud iaitu melakukan sesuatu demi mencari keredhaan Allah perlu ada dalam diri setiap guru.
Sepertimana yang disebut oleh Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, (1993) bahawa dari segi falsafah, pendidikan ialah satu proses memanusiakan manusia. Dari situ, dapat kita rungkaikan bahawa bukan senang untuk kita mendidik manusia supaya benar-benar dapat menjadi manusia yang berguna kerana manusia ini terdiri dari pelbagai ragam dan karenah. Pelbagai cabaran yang akan kita hadapi samada di bilik darjah ataupun suasana sekolah itu sendiri.
Bilik darjah yang kondusif dan selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam tidak akan dapat diwujudkan apabila suasana sekolah tidak membantu ke arah itu. Malahan impian untuk mewujudkan sekolah yang selari dengan prinsip-prinsip Islam juga tidak dapat dibentuk sekiranya pembentukan nilai-nilai tersebut tidak diasuh di dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, keberkesanan bilik darjah saling berkait rapat dengan suasana sekolah yang membantu di samping penglibatan pihak-pihak luar samada bahagian Kementerian Pendidikan, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa, masyarakat dan ramai lagi demi mewujudkan bilik darjah dan sekolah selari dengan prinsip-prinsip Islam. Begitu juga peranan sekolah yang akan membantu keberkesanan mewujudkan bilik darjah yang selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
RUJUKAN
Abdul Rahim Abdul rashid. (1999). Profesionalisme motivasi pengurusan bilik
darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh. (1999). Pendidikan Islam; Dinamika guru. Selangor: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam : Falsafah, sejarah dan kaedah
pengajaran pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Amla Mohd Salleh. (1994). Penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran bilik
darjah: Satu perbincangan tentang isu dan strategi. Dlm. Roshidi Azizan &
Abdullah Mohd Noor. (Ed.), Seminar JKLAU ke-9, Pendidikan guru:
Cabaran, falsafah dan strategi dalam pembentukan guru yang unggul,
Bangi, 15-16 Januari 1994 (hlm. 189) . Selangor : Masa Enterprise
Atan Long. (1983). Peranan guru di dalam pembangunan negara bagi
menyelesaikan masalah-masalah kini. Seminar anjuran Guru-guru
Melayu Malaysia Barat dan Pusat Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, 14 Disember 1983 (hlm.1-3). [s.l.]: [s.n.]
Azman Wan Chik. (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.
Che Noraini Hashim. (2005). Keruntuhan akhlak dan pembangunan remaja masa
kini : Cabaran Pendidikan Islam di Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan
Islam (Siri 4), Pendidikan Islam kea rah kemanusiaan sejagat, Melaka, 25-
26 Jun 2005 (hlm. 27). Bangi, FakultiPendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Eng, A. J. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Ghazali Darussalam. (2004). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ibrahim Mamat. (1997). Memimpin remaja sekolah. : Teori dan praktik. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ishak Haron. (1993). Perubahan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia
menjelang abad ke 21. Dlm. Jawatankuasa Penerbitan Khas Fakulti
Pendidikan (Ed.), Pendidikan di Malaysia: Arah dan cabaran (hlm.
204).Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Jabatan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. (1999). Pengurusan
pendidikan untuk sekolah berkesan daripada perspektif Islam. Dlm.
Marohaini Yusoff, Zulkifli A. Manaf, Aini Hassan, Shahril Marzuki, Ananda
Kumar P. & Abdul Jalil Othman (Ed.), Seminar JPPG Pendidikan guru
untuk sekolah berkesan, 26-28 Oktober 1998 (hlm. 59-64). Kuala Lumpur :
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Nik Azis Nik Pa.(1993). Pendidikan Islam era 2020 tasawur dan strategi. Dlm.
Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah (Ed.), Persediaan guru Pendidikan
Islam menghadapi negara maju (hlm. 96-98). Selangor : Tekno Edar.
Noresah Baharom, Ibrahim Ahmad, Azizah Supardi, Saidah Kamin, Aziah Tajudn,
Salmah Jabbar, Hairani Mohd Khalid & Rodziah Abdullah. (2007). Kamus
Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Razali Ismail. (1992). Wawasan 2020 : Cabaran kepada pendidik guru. Minggu
budaya dan wacana pendidikan, 15-17 September 1992 (hlm. 12) Kota
Bharu : Maktab Perguruan Kota Bharu.
Sang M. S. (2008). Pengurusan hal ehwal murid. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi
dan teknik mengajar berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Shahril Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu pendidikan di malaysia; Sorotan
dan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, (1999) The concept of education in Islam.
Kuala Lumpur: Third Impression by the International Institute of Islamic
thought and civilization (ISTAC). pg.13
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, (1993). Pendidikan Islam era 2020 tasawur dan strategi. Dlm. Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah (Ed.), Persediaan guru Pendidikan Islam menghadapi negara maju (hlm. 96-98). Selangor : Tekno Edar.
Zawawi Ahmad. (1996). Sains dalam Pendidikan Islam. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka
Labels: Pendidikan Islam
الزمن : 9:30-10:00
المادة : اللغة العربية الإتصالية
السنة : السنة الأولى أبو بكر
عدد الطلاب : 40
الموضوع :الأعضاء الجسم
التركز : مهارة الإستماع والكلام
المعلومات السابقة : فواكه
الوسيل : 1) لوحة البيضاء
الهداف العام: 1) ليحصل ذوق وشعور الشكور فى نفس الطلاب.
الهدف الخاص : فى آخر الحصة، يستطيع الطلاب أن:
الملاحظة
الأنشطة الطلاب
الأنشطة المعلم
الخطوات
- ورقة منيلا
- يقراء الطلاب الدعاء.
يجيبون الطلاب بإجابة المختلفة.
- ينظر الطلاب إلى الأمام.
- المقدمة.
- يطلب المعلم أن يقراء الدعاء.
- يسال المعلم عن نعمات الله.
- يعرض المدرس صورة الجسم الإنسان.
بين المعلم أنه أعضاء ا لجسم ( وضح المعلم موضوع الدرس)
’’أعضاء الجسم "
التمهيدا
( 4 دقائق )
- الكمبيوتر
- القلم
- السبورة\ اللوحة
- يذكر الطلاب أعضاء الجسم.
- يسمعون الطلاب الى المعلم جيدا ثم يقرأ بعده.
- يجيبون الطلاب السوأل.
- يطلب المعلم أذكر من أقسام أعضاء الجسم.
- يعرض المعلم صورة من عشرة الأعضاء الجسم من كمبيوتر :-
- حاجب
- شعر
- حنك
- خد
- فم
- جبهة
- أنف
- عين
- اسنان
- سن
- يقراء معلم مرتين ثم يطلب المعلم من اتللاميذه ان يقراء بعده.
- يسأل المعلم عن فهم الدرس من الطلاب.
الخطوة الأولى
( 8 دقائق )
- ورقة منيلا
- القلم
- لوحة
- ينظرون الطلاب الى الصورة جيدا.
- يخرجون الطلاب الى الأمام ثم يكتب إجابة صحيحة.
- صبق المعلم صورة أعضاء الجسم فى اللوحة.
- يطلب المعلم من الطلاب يحضر الى الأمام لإجابة السوأل.
- يطلب المعلم الطلاب معين ليكتب إجابة مناسبة للسوأل.
الخطوة الثانى
( 9 دقائق )
- الشاشة OHP
- يسأل المعلم عن فوائد أعضاء الجسم.
- يطلب المعلم الطلابه أن تكوين الجمال من الكلمات:
- الفم
- العين
- الشعر
- الأسنان
- بين المعلم عن فوائده.
الخطوة الثالث
( 6 دقائق )
- يسمعون الطلاب الى المعلم جيدا.
- ينصح المعلم الطلابه ليستعمل نعمة أعضاء الجسم جيدا.
- يذكر المعلم الى الطلابه لكى يتذكر تلك الدرس ابدا.
خلاصة
( 3 دقائق )
- كمبيوتر
- جهاز/ شاشة
- ورقة منيلا
1) يذكر من أعضاء الجسم بالمضبوط.
2) ينطق فوائد أعضاء الجسم.
3) مارس الطلاب الدرس فى حياة اليومية.
4) يزيد الكلمات الصعبة.
5) تزيد المفردات والكلمات وقواعد اللغة
Labels: Pendidikan Islam
PENGENALAN
Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara. Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukan tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat dan memartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangan kepada kemakmuran negara.
Jika dilihat kepada maksud pendidikan menurut perspektif Islam, Khurshid Ahmad menyatakan bahawa ia adalah satu pelajaran atau pendidikan bagi kognitif, fizikal dan roh untuk melahirkan insan yang berperikemanusiaan. Al-Qaradhawi pula menjelaskan bahawa pendidikan dalam Islam ialah pendidikan yang menumpukan kepada segala aspek kehidupan manusia, termasuklah pendidikan akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan perilaku. Dari segi falsafah, pendidikan ialah satu proses memanusiakan manusia, iaitu proses memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam diri manusia (conscientization) tentang fizikal dan metafizikal (Tuhan, manusia dan alam).
Justeru, berdasarkan takrifan-takrifan ini, pendidikan dapat disimpulkan sebagai suatu proses menyempurna dan melengkapkan diri pelajar dengan aspek-aspek kognitif, psikomotor dan afektif supaya pelajar dapat mengaplikasi segala ilmu yang diterima itu sebagai suatu panduan dalam kehidupan.
Oleh yang demikian, seseorang guru itu tidak dapat tidak mestilah terlebih dahulu mempersiapkan diri dan membuat perancangan yang teliti sebelum menyampaikan sesuatu pelajaran. Keadaan ini adalah bagi memastikan para pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan baik dan berkesan serta ketiga-tiga aspek kognitif, psikomotor dan afektif berjaya diterapkan ke dalam diri pelajar. Di sinilah sesuatu Rancangan Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru yang berpengalaman mahupun yang tidak berpengalaman tetap perlu membuat perancangan. Perancangan yang berkesan akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Pada permulaan tahun, setiap guru perlu menyediakan rancangan kerja untuk tempoh mengajar selama setahun. Ia merupakan suatu rancangan yang disediakan oleh guru sebagai panduan bagi pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. Rancangan ini mengandungi topik-topik pelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar yang akan dijalankan. Ia disediakan berdasarkan sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang diajar, bertujuan mencapai pembelajaran yang maksimum.
Di sini, jelaslah bagi kita bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran adalah penting kerana:
i. Merupakan suatu panduan kepada guru dalam mengajar topik-topik yang akan disampaikan.
ii. Pemesongan topik dan objektif pembelajaran dapat dielakkan.
iii. Pengajaran dapat dipermudahkan kerana bahan dan alat bantu mengajar telah pun dirancang.
iv. Susunan topik-topik pelajaran adalah teratur dan mengikut prinsip pengajaran yang sebenar.
v. Membolehkan guru pengganti mengambil alih tugas dengan mudah.
vi. Penyampaian topik-topik yang telah lepas dan yang akan datang boleh disemak dengan adanya rancangan kerja.
vii. Membantu guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama dalam bilik darjah yang berlainan membuat penyelarasan dengan tujuan mengadakan ujian yang sama.
Justeru, penyediaan Rancangan Pengajaran memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijayakan. Hal ini adalah kerana kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap penerimaan pelajaran yang diajar dalam kalangan pelajar.
TUJUAN DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
• Tujuan pendidikan Islam
Al-Ibrashy (1976) menegaskan bahawa tujuan pendidikan Islam bukanlah memenuhi otak pelajar dengan berbagai-bagai maklumat atau mengajar mereka dengan pelbagai mata pelajaran yang mereka tidak tahu sebelumnya, tetapi tujuan sebenarnya ialah mendidik mereka supaya berakhlak mulia, mendidik roh supaya halus dan sempurna, mengasuh mereka melakukan yang baik, terhormat dan mulia, membiasakan mereka dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan yang berfaedah.
Selain itu, dalam pelaksanaan pendidikan Islam pada umumnya ia lebih kepada menyampaikan maklumat, sebab itu ia disebut proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak pernah pun disebut proses pendidikan. Melihatkan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar Islam yang begitu hebat dewasa ini, pendidikan Islam perlu disemak semula khasnya dalam bidang penyampaian dan perkaedahan serta penghayatan.
Dalam mata pelajaran pendidikan Islam, guru bukan sahaja memberi ilmu agama malah guru haruslah mendidik pelajar dengan nilai-nilai Islam. Guru pendidikan Islam juga sentiasa menasihatkan dan mendidik pelajar supaya mereka menjadi manusia yang baik dan soleh.
Pelaksanaan pendidikan Islam juga bertujuan supaya setiap pelajar dapat mengamalkan dan menghayati nilai-nilai Islam di dalam kehidupan mereka. Pelajar haruslah di didik supaya berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai Islam. Ini kerana, walaupun pelajar mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran pendidikan Islam tetapi tidak berakhlak mulia merupakan satu kegagalan dalam pendidikan Islam.
• Matlamat Pendidikan Islam
Pendidikan Islam ialah pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Oleh itu, matlamat pendidikan tersebut hendaklah disesuaikan dengan kedua-dua sumber tersebut. Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik dan melahirkan insan yang soleh yang tidak mengenal batas masa, negeri dan bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat.
Matlamat pendidikan Islam juga adalah untuk melahirkan khalifatullah yang mempunyai perkembangan yang seimbang. Keseimbangan pembangunan manusia ini perlu berasaskan kepada aspek kerohanian kerana dengan kerohanian manusia yang dididik tersebut akan patuh dan taat kepada hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Proses membangunkan insan perlulah secara menyeluruh dari semua aspek kehidupan.
Imam al-Ghazali menjelaskan matlamat pendidikan sebagai:
“ Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperoleh kedudukan, bermegah-megah dan berlumba-lumba .”
Sebagai seorang ahli tasawuf, al-Ghazali menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenal “pencipta” dan matlamat ilmu yang sebenarnya yang membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah. Jika pendidikan yang selain taqarraillallah, adalah bukan objektif pendidikan Islam.
Matlamat pendidikan Islam menjurus kepada matlamat hidup manusia itu sendiri yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: “ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu ”.
Dan firmanNya lagi:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
Maksudnya: “ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ”.
Kesimpulannya, matlamat pendidikan Islam adalah untuk memastikan perhambaan yang tulen semata-mata kepada Allah baik diperingkat individu, masyarakat atau kemanusiaan seluruhnya. Tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan alam mengikut syariat Ilahi, melihat kebahagiaan hidup umatnya di dunia dan di akhirat. Ini merupakan rahmat Allah kepada hambaNya yang mematuhi petunjukNya.
PERANCANGAN PENGAJARAN
Persediaan mengajar merupakan satu dokumen perancangan pengajaran. Dokumen ini mengandungi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru. Persediaan mengajar yang disediakan dengan baik akan membantu guru dalam melaksanakan pengajaran bagi mencapai objektif yang ditetapkan, menjadi asas penilaian kualiti pengajaran pembelajaran dan merancang tindakan susulan untuk melaksanakan penambahbaikkan pengajaran dan pembelajaran.
Untuk menyediakan sesuatu rancangan kerja yang baik dan berguna, guru haruslah menyedari kepentingan rancangan kerja terhadap pengajarannya. Di samping itu, dia harus boleh mentafsirkan sukatan pelajaran mata pelajaran yang di ajarnya. Selain itu, guru juga di kehendaki menentukan suatu format rancangan kerja yang sesuai untuk digunakan semasa menyediakan rancangan kerjanya .
Guru perlu membuat perancangan bagi proses pengajarannya. Perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran (Burden & Byrd, 1999). Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang tahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan murid. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditentukan.
Melalui perancangan yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan pada isi pelajaran. Selain itu, perancangan mengajar melalui penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran juga perlu dibuat bagi memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
RANCANGAN KERJA
Rancangan Kerja adalah perancangan yang disediakan secara sistematik oleh seseorang guru mata pelajaran dengan berpandukan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Rancangan ini akan menjadi rujukan guru mata pelajaran berkenaan atau guru lain yang menggantikannya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Kerja biasanya dibuat untuk setahun (Rancangan Kerja Tahunan), mengikut penggal (Rancangan Kerja Penggal) dan minggu (Rancangan Kerja Mingguan), dan dari hari ke hari (Rancangan Kerja Harian / Persediaan Mengajar).
KEPENTINGAN RANCANGAN MENGAJAR
Rancangan pengajaran pada asasnya merupakan catatan mengenai perancangan yang berkaitan sesi pengajaran. Bagi guru-guru, rancangan pengajaran haruslah disiapkan dengan baik dan tersusun sebelum sesi pengajaran dimulakan. Rancangan pengajaran yang disiapkan dengan sempurna dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan dengan sendirinya menjadikan proses pengajaran berjalan dengan sempurna juga. Selain itu, rancangan pengajaran yang baik juga dapat mengelak atau mengurangkan berlakunya kesilapan yang boleh mengganggu proses pengajaran. Pada asalnya rancangan pelajaran diperlukan dengan tujuan:
• Melatih guru merancang semua kompenan yang patut diwujudkan dalam sesi pengajaran.
• Melatih guru berfikir secara mendalam tentang isi, bahan dan langkah-langkah pengajaran dan kemudian merangka dan menyusunnya secara teratur sebelum pengajaran sebenar disampaikan.
• Membantu guru menjangka dan kemudian meninjau masalah yang mungkin dihadapi dan membina rancangan penyelesaian masalah.
• Menentukan isi dan langkah pengajaran, terutamanya isi dan memastikan isi dan langkah yang penting tidak tercicir.
• Menentukan pengajaran yang disampaikan mempunyai objektif tertentu yang sudah dirancang dan sudah dijangka dapat dicapai bagi mengelakkan berlakunya pengajaran yang tidak berfokus.
• Menentukan fokus yang jelas dalam pengajaran.
• Memberikan panduan kepada guru mengenai isi, bahan dan langkah pengajaran yang sedia teratur semasa pengajaran dijalankan.
• Membantu penyelia menelah kesukaran dan masalah yang akan dihadapi guru pelatih dan kemudian memberi bimbingan yang diperlukan sebelum dan selepas pengajaran .
• Daripada segi profesionalisme, guru perlu bertanggungjawab terhadap tindak tanduknya melalui rekod atas apa-apa yang dilakukannya.
• Membolehkan guru merancang pengajarannya secara lebih sistematik dan teratur serta memenuhi kehendak sukatan pelajaran.
• Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran.
• Memberi keyakinan kepada guru-guru terutamanya guru-guru baru.
• Memastikan guru tidak menyeleweng dalam pengajaran.
• Membolehkan sukatan pelajaran dihabiskan mengikut jadual.
• Memudahkan guru lain mengambil alih kelas berkenaan.
• Sebagai suatu dokumen rasmi yang akan dirujuk dan disemak oleh pihak pengurusan sekolah, jemaah nazir dan pegawai-pegawai jabatan pendidikan dan kementerian pendidikan.
• Membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan kebolehan pelaja
• Membantu guru mengawal kelas.
• Membantu guru membuat penggabung jalinan dan penyerapan secara terancang.
MENYEDIAKAN RANCANGAN MENGAJAR HARIAN / PERSEDIAAN MENGAJAR
Guru juga perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Sebaik-baiknya persediaan ini dibuat sehari sebelum pengajaran bermula bagi membolehkan guru betul-betul bersedia dengan kaedah, aktiviti dan contoh serta bahan atau sumber yang sesuai bagi memenuhi objektif ditetapkan.
PERINGKAT-PERINGKAT PERSEDIAAN MENGAJAR / RANCANGAN MENGAJAR
Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan mengajar, perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan penilaian.
PERANCANGAN PENGAJARAN
Perancangan adalah proses pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi aktiviti-aktiviti penentuan topik dan isi yang hendak disampaikan, kebolehan sedia ada murid-murid serta objektif pengajaran yang hendak dicapai selepas sesuatu aktiviti pengajaran. Perancangan merupakan bahagian yang penting dalam proses pengajarannya, kerana sesuatu perancangan yang baik dan rapi jika dilaksanakan dengan betul akan menghasilkan pencapaian objektif pengajaran yang optimum .
Pada peringkat ini, beberapa perkara perlu di kumpul atau disediakan oleh guru bagi merancang penyampaiannya secara lebih efektif. Perkara-perkara tersebut ialah maklumat mengenai murid, kelas dan mata pelajaran, topik aktiviti, pengetahuan sedia ada dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
a. Maklumat Umum
Maklumat umum yang perlu diketahui ialah kelas (tahun/tingkatan), tahap, masa, bilangan dan purata umur murid. Guru perlu tahu kelas yang akan diajar kerana kelas yang berbeza biasanya menunjukkan tahap kebolehan yang berbeza. Masa atau waktu pengajaran pula akan membezakan kesediaan pelajar dan guru perlu merancang aktiviti yang sesuai. Misalnya waktu pertama dan kedua (pagi) dan waktu terakhir (tengah hari). Murid biasanya lebih cergas dan lebih bersedia menerima pelajaran daripada waktu tengah hari. Tempoh waktu pengajaran sama ada satu waktu atau dua waktu berkembar dan pengetahuan mengenai bilangan dan purata umur pelajar juga akan membantu guru merancang aktiviti yang bersesuaian.
b. Topik dan Isi
Topik dan isi yang hendak disampaikan dalam proses pengajaran dan kemahirannya haruslah mengikut kurikulum yang dipilih daripada buku teks yang disediakan, kerana isi pengajaran terkandung dalam buku teks yang diakui oleh Kementerian Pendidikan adalah dirancang mengikut kurikulum tertentu. Walau bagaimanapun seseorang guru itu boleh memilih sendiri isi pelajaran daripada sumber-sumber lain sebagai bahan tambahan. Isi pelajaran tambahan ini biasanya disampaikan dalam bentuk aktiviti pengayaan, pemulihan dan pengukuhan
Guru juga perlu tahu topik serta subtopik yang akan diajar serta aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut supaya guru dapat merancang kesesuaian tempoh masa, strategi pengajaran, sumber atau alat bantuan mengajar yang berkaitan. Ia jiga dapat membantu guru dalam menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran.
c. Pengetahuan Sedia Ada
Menentukan kebolehan sedia ada murid dalam pengajaran adalah sangat penting khasnya digunakan untuk merancang strategi pengajaran yang berkesan. Murid-murid tidak akan boleh belajar dengan berkesan sekiranya mereka tidak diajar menulis perkataan sebelum mereka menguasai kemahiran menulis huruf abjad. Demikian juga bagi murid-murid yang belum menghafal sifir darab dengan betul diajarkan dengan operasi bahagi. Oleh itu dalam usaha menyediakan isi pengajaran untuk disampaikan dengan berkesan guru haruslah menentukan kebolehan murid yang sedia ada terlebih dahulu. Isi pengajaran baru yang hendak disampaikan hendaklah disediakan berdasarkan kebolehan murid yang sedia ada. Dengan cara yang demikian, barulah murid dapat belajar mengikut kebolehan mereka .
Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengalaman, pengetahuan dan kebolehan yang sudah ada pada murid sebelum pelajaran baru yang dirancang oleh guru. Pengetahuan ini boleh merujuk kepada topik-topik yang sudah disampaikan kepada murid sebelum ini, mungkin melalui mata pelajaran yang berlainan atau tahun yang berlainan, dan juga pengalaman murid sendiri. Pengetahuan sedia ada murid akan membantu guru mengaitkannya dengan pelajaran baru (biasanya dalam set induksi), dalam menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, memilih bahan atau sumber pengajaran dan memilih strategi dan kaedah yang sesuai.
d. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Sebelum seseorang guru itu menyampaikan sesuatu pengajaran ia mestilah mengetahui apa yang ingin dicapainya dalam pelajaran itu. Taraf pencapaian ini dapat ditunjukkan dengan jelas sekiranya keputusan dan kesan pengajaran itu dinyatakan mengikut perlakuan dan prestasi murid selepas pengajaran itu. Justeru itu, sesuatu penyataan objektif itu bukan sahaja membayangkan kehendak pengajaran guru dan pencapaian murid, bahkan menuju ke arah tujuan yang dikehendaki. Dalam konteks KBSR dan KBSM, penentuan objektif pengajaran biasanya berdasarkan kemahiran yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran serta kebolehan murid yang sedia ada. Isi pelajaran yang kemudian dipilih dan dirancang untuk disampaikan akan berdasarkan kepada objektif pengajaran yang telah ditentukan
Objektif pengajaran ialah suatu keterangan mengenai ’performance’ yang perlu ditunjukkan oleh pelajar sebelum dianggap berupaya (compotent). Ia adalah huraian cadangan hasil daripada pengajaran dan bukannya proses pengajaran (Mager 1990). Objektif ini perlu bagi seseorang guru menentukan kandungan dan prosedur pengajaran, menyusun strategi dan aktiviti dan menilai serta mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan kesenian seperti Pendidikan Seni dan Muzik, guru perlu mengambil kira objektif yang berbentuk ekspresif. Objektif juga perlu dipelbagaikan bagi kelas yang muridnya mempunyai pelbagai keupayaan.
PENENTUAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada pemilihan strategi yang sesuai dengan tujuan untuk memperolehi hasil pencapaian objektif pengajaran dalam peringkat optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh ditentukan berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran seperti kaedah demonstrasi, penyoalan, perbincangan dan lain-lain. Di samping itu, kaedah keseluruhan kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu juga harus diambil kira semasa menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan.
PENENTUAN MASA
Penentuan masa dalam sesuatu waktu pelajaran biasanya diagihkan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi, penyampaian guru, aktiviti guru dan murid, aktiviti pembelajaran murid serta penutup. Oleh kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran masa kini berorientasikan murid sebahagian besar peruntukan masa dalam setiap waktu pelajaran dalam setiap waktu pelajaran hendaklah diagihkan kepada aktiviti pembelajaran murid sendiri secara am, masa yang diperuntukan bagi guru mengajar hendaklah dikurangkan seboleh-bolehnya tidak melebihi satu pertiga daripada waktu pelajaran.
PEMERINGKATAN ISI
Dalam proses penyampaian, isi pelajaran yang telah dipilih hendaklah disampaikan mengikut urutan yang sesuai. Ini boleh dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip pengajaran berikut iaitu:
1. Daripada mudah kepada komplek.
2. Daripada dekat kepada jauh.
3. Daripada kronkrit kepada abstrak.
4. Daripada pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baru yang hendak dipelajari.
5. Daripada kemahiran sedia ada kepada kemahiran baru yang hendak dipelajari.
Tujuan utama menyusun isi pelajaran mengikut prinsip-prinsip pengajaran adalah untuk memudahkan serta mempertingkatkan kefahaman murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
PEMILIHAN SUMBER
Pemilihan sumber dalam proses penyampaian merujuk kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk konsep yang tepat daripada isi pelajaran yang sedang disampaikan dengan menggunakan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak. Perlu diingatkan bahawa sumber pelajaran tidak terhad kepada buku teks, kapur dan papan tulis sahaja. Sumber pelajar juga boleh termasuklah carta, gambarajah, bahan-bahan konkrit, TV, model, spesimen dan sebagainya. Dengan pemilihan sumber yang sesuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan berkesan .
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN DOMAIN PEMBELAJARAN
Penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat berdasarkan kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
a. Domain Kognitif
Objektif pengajaran dan pembelajaran domain kognitif menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan dan pemahaman sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara dan prosedur serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Hasil pembelajaran yang diharapkan boleh dikategorikan kepada enam kategori Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan penilaian.
b. Domain Afektif
Objektif pengajaran dan pembelajaran domain afektif merupakan objektif yang menegaskan aspek rohani dan emosi seperti sikap, nilai, dan perasaan.
c. Domain Psikomotor
Objektif pengajaran dan pembelajaran domain psikomotor pula menegaskan tingkah laku atau kemahiran pergerakan seperti menulis, melukis, memasak, menjahit, memasang, bermain, berenang dan mengoperasi mesin dan alat.
PENERAPAN NILAI
Nyatakan nilai-nilai murni yang berkaitan (yang hendak diterapkan) dengan isi kandungan yang hendak disampaikan.
KONSEP UTAMA
Nyatakan konsep-konsep utama yang hendak disampaikan yang berkaitan dengan tajuk pelajaran.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Nyatakan pengetahuan atau maklumat yang sudah sedia ada pada murid-murid sebelum pelajaran pada hari itu. Pengetahuan ini boleh merujuk kepada topik-topik yang sudah disampaikan kepada murid sebelum ini, mungkin mata pelajaran yang berlainan dan juga pengalaman murid sendiri.
ALAT BANTU MENGAJAR
Nyatakan dengan terperinci alat atau bahan bantu mengajar yang digunakan bagi membantu pengajaran guru selain kapur dan papan hitam/hijau seperti carta, peta, gambar dan gambar rajah
RUJUKAN GURU
Nyatakan mengikut teknik penulisan rujukan yang betul, buku-buku yang menjadi bahan rujukan guru.
PERANCANGAN PENYAMPAIAN PENGAJARAN
Terdapat tiga komponen utama dalam perancangan penyampaian pengajaran iaitu induksi set, langkah perkembangan dan penutup. Dalam merancang kedua-dua komponen ini, beberapa perkara lain perlu difikirkan dan diambil kira oleh guru seperti kaedah dan teknik pengajaran serta pembelajaran yang sesuai, masa, pemeringkatan isi, pemilihan dan penyediaan sumber, bahan dan alat serta aktiviti yang sesuai. Guru juga perlu bersedia menjaga kualiti pengajarannya.
a. Induksi Set
Induksi set merupakan kaedah atau cara seseorang guru memulakan pengajaran. Induksi set yang baik akan dapat menarik perhatian murid kepada pelajaran, bersedia menerima pelajaran baru dan menggalakkan pembelajaran murid. Seseorang guru perlu merancang induksi set yang kreatif, menarik dan berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Guru boleh menjalankan induksi set dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat atau bahan bantu mengajar, bersoal jawab dan mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada atau isi pelajaran lepas. Masa yang digunakan bagi induksi set biasanya adalah antara tiga hingga lima minit.
b. Langkah-Langkah Perkembangan
Selepas menyediakan murid kepada pelajaran melalui induksi set, guru meneruskan pelajaran dengan menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Penyampaian pengajaran yang berkesan akan menggalakkan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Guru perlu merancang dengan teliti penyampaian pengajarannya. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam membuat perancangan ialah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan, pengurusan masa, pemeringkatan isi, pemilihan sumber, alat atau bahan, serta aktiviti-aktiviti yang sesuai.
KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Antara kaedah yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan khutbah Jumaat ialah:-
1. Kaedah Hafalan
Contohnya guru membacakan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan jelas. Kemudian guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru. Manakala murid-murid yang lain pula diminta mengikut bacaan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan suara yang kuat sambil melihat slide. Semua ini antara tujuannya supaya pelajar dapat mengingat dalil tersebut.
Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguat dan mengembangkan ingatan dan ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis.
Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang penting dalam pendidikan Islam. Kaedah ini digunakan dalam pengajaran al-Quran. Pada peringkat hafalan, guru tidak menghuraikan maksud disebabkan ketidakmampuan kanak-kanak memahaminya.
2. Kaedah Syarahan / Kuliah
Contohnya guru menerangkan definisi Khutbah Jumaat kepada murid.
Kaedah kuliah atau syarahan merupakan kaedah penyampaian pengajaran yang umumnya digunakan di pusat pengajian tinggi. Pada hari ini, kaedah tersebut semakin popular. Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan daripada pihak pelajar.
3. Kaedah Soal Jawab
Contohnya guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut? Lalu, murid-murid pun memberikan pelbagai jawapan. Jawapan yang tepat adalah tentang khutbah Jumaat.
Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa pengajaran, sama ada pada peringkat awal, tengah ataupun akhir bagi menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun pemahaman. Menurut Salihan Slais (1993), kaedah ini dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Fenomena ini akan dapat menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang diingati.
4. Kaedah Perbincangan
Contohnya Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat.
Tujuan kaedah ini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan akan berlaku. Kaedah ini juga bertujuan bagi menggalakkan perkembangan mental para pelajar.
Tujuan perbincangan hendaklah jelas dan guru perlu memberitahu pada pelajar sebelum memulakan perbincangan supaya pelajar dapat membuat persediaan dan matlamat perbincangan dapat dicapai. Kemudian guru mengemukakan tajuk. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Peranan guru menerusi kaedah ini adalah bagi merancang ataupun menentukan semua isu utama dalam topik yang akan dibincangkan. Guru juga perlu memastikan setiap pelajar berpeluang memberikan pendapat ataupun mengemukakan soalan.
5. Kaedah Permainan
Contohnya guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab teka silang kata. Teka silang kata juga sebenarnya merupakan salah satu daripada kaedah permainan.
Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Permainan adalah satu cara bagi melatih pelajar memperoleh sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik permainan yang dijalankan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan pra sekolah dan sekolah rendah. Kaedah ini boleh digunakan dalam pengajaran pendidikan Islam. Ia dapat menjadikan pengajaran di sekolah menjadi menarik dan praktis.
Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan tahap mereka. Kaedah permainan bukan sahaja dapat menghiburkan hati pelajar malah turut membantu mereka bagi menguasai pemahaman berkaitan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Antara kelebihan kaedah ini ialah:
1) murid tidak berasa bosan
2) melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka
3) guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid semasa bermain
Kelemahan kaedah ini pula ialah:
1) menambah atau membebankan guru untuk menyediakan ABM
2) Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini
3) Menambahkan penggunaan wang sekolah
6. Kaedah Latih Tubi
Contohnya guru meminta murid mendengar rakaman tentang Khutbah Jumaat dan meminta murid menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat yang terdapat dalam rakaman tersebut. Di akhir pengajaran, guru telah memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.
Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah latih tubi. Ia adalah corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Contohnya membaca al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini.
Ia adalah kaedah latihan yang bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar. Kaedah latih tubi dapat dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis ataupun secara pertanyaan terus kepada pelajar semasa proses pengajaran. Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran soalan yang bercetak kepada semua pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru. Manakala latih tubi secara pertanyaan terus pula adalah guru akan memberi soalan terus kepada semua pelajar di dalam kelas. Kemudian pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru.
7. Kaedah Bercerita
Contohnya selepas menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat, guru boleh bercerita tentang suasana khutbah Jumaat.
Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Bercerita sahaja tanpa menguasai prinsip-prinsip dan kemahiran tertentu adalah sia-sia kerana tidak akan memberi kesan.
Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita-cerita yang dipilih itu adalah cerita-cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan. Pencerita pula mestilah orang yang dapat dijadikan teladan. Janganlah teladan baik yang diceritakan itu tidak pula tergambar pada sahsiah guru di samping penggunaan bahasa dan gaya yang sesuai.
Ia adalah satu kaedah yang berkesan bagi digunakan oleh setiap guru dalam pengajaran. Tujuan kaedah ini adalah melatih kemahiran mendengar di kalangan pelajar di samping mengulang sebut fakta daripada cerita yang disampaikan oleh guru.
8. Kaedah Ulangan
Contohnya guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru.
Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingat sesuatu perkara secara berulang kali ataupun berterusan. Kaedah ini menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan pelajar dan guru. Guru akan menggunakan kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.
ALAT BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN
Antara alat bantu mengajar yang telah dinyatakan dalam RPH berkaitan khutbah Jumaat ialah:-
1. Tayangan Video
2. MP4
3. Tayangan slide
4. Kad Manila
5. Komputer
6. Buku Teks
7. Buku Rujukan
8. Kertas Mahjong
9. Kertas A4
Tujuan penggunaan alat bantu mengajar ini adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik. Perkara utama yang perlu diberi perhatian sewaktu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Oleh itu kemahiran menggunakan alat-alat yang disediakan perlu dikuasai oleh guru bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu mengendalikan kelas-kelas tertentu, terutamanya alat-alat teknologi seperti slaid projektor, televisyen, video, atau alatan multimedia yang lain.
Tanpa alat-alat ini ia mungkin akan mengurangkan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.
ANTARA KAEDAH LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IALAH:-
1) Kaedah Halaqah
Kaedah ini biasanya dilakukan dengan para pelajar duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan untuk mendengar syarahan daripada guru. Pada kebiasaannya, guru bersandar pada dinding atau tiang masjid dengan menghadap kiblat.
2) Kaedah Induktif
Kaedah ini bertujuan untuk membimbing pelajar mengetahui fakta-fakta dan hukum-hukum umum melalui jalan pengambilan kumpulan induksi. Guru yang menyampaikan kaedah ini memberi contoh-contoh dan butir-butir yang kecil, kemudian ia membanding dan menentukan sifat-sifat persamaan antaranya untuk mengambil kesimpulan dan membuat dasar umum yang berlaku kepada bahagian-bahagian dan contoh-contoh yang diberi dan belum diberi.
Kaedah ini sangat berfaedah bagi murid-murid untuk membiasakan mereka berfikir, membanding, menimbang antara bahagian dan mengambil kesimpulan dan prinsip-prinsip umum dari bahagian yang disampaikan itu.
3) Kaedah Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan.
Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
1. Kenal pasti dan faham masalah.
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian
Kaedah ini bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari. Ia juga menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional di samping meningkatkan dan memperkukuh ingatan pelajar. Kaedah ini juga memenuhi kehendak prinsip ’belajar melalui membuat’.
4) Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi
Kaedah ini merupakan satu cara menyediakan bahan pelajaran iaitu objeknya atau prosesnya. Dalam kaedah ini, ia mengutamakan pemerhatian murid secara langsung terhadap sesuatu objek atau proses, kemudian membuat kesimpulan tertentu.
Kaedah ini memerlukan penglibatan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Kaedah ini membolehkan pelajar mencontohi sesuatu dengan lebih mudah dan tepat. Ia juga dapat menarik minat pelajar di samping berpeluang untuk belajar bukan sahaja secara teori tetapi juga melakukan sesuatu secara praktikal.
5) Kaedah Amali
kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini, penyertaan dan pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang pengajaran melalui kaedah ini. Setelah latihan amali dilakukan, mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran. Kaedah ini dapat membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena yang dialami.
Kaedah amali dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran berkenaan.
Tujuan kaedah ini juga adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru.
6) Kaedah projek
Ia adalah kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secara berseorangan ataupun berkumpulan.
Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain.
Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai pembimbing.
Kaedah projek menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
7) Kaedah Pengalaman atau Pendedahan Kendiri
Kaedah ini melibatkan pengalaman guru atau pengalaman pelajar itu sendiri. Setiap pengalaman yang disampaikan itu mempunyai perkaitan dengan objektif pengajaran. Pendedahan kendiri dapat memberi peluang pada pelajar supaya belajar berkongsi cerita ataupun pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman yang ada dapat dikaitkan dengan sesuatu topik pengajaran dan realiti pengalaman pelajar ataupun guru lebih memudahkan pelajar bagi memperoleh maklumat.
8) Kaedah Sokratik
Objektif pengajaran sokratik yang utama ialah pertanyaan. Kaedah ini menekankan kepada perkembangan kemahiran bersoal jawab yang memerlukan kemahiran pemikiran yang lebih mendalam. Melalui kaedah ini, sesuatu objektif senang untuk dicapai. Kaedah ini menjadikan pengajaran berlaku secara dua hala, sama ada daripada guru kepada pelajar ataupun daripada pelajar sesama pelajar. Pelajar akan menyusun dan mengatur pengalaman lampau dan sedia ada bagi menjawab soalan.
9) Kaedah Simulasi
Ia adalah salah satu situasi yang serupa dengan situasi yang sebenar bagi tujuan menjalankan latihan bagi menyelesaikan permasalahan. Ia digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberi latihan pada pelajar supaya mampu melakukan lakonan dengan cara yang sistematik, terkawal dan teratur supaya satu-satu isu ataupun permasalahan yang timbul dalam pembelajaran dapat diselesaikan. Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran adalah sosiodrama dan main peranan.
10) Kajian Kes
Kajian kesakan mendedahkan pelajar kepada situasi hidup yang sebenar. Pelajar akan menganalisis situasi yang diberikan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Guru bertindak sebagai pembimbing. Biasanya guru lebih cenderung untuk tidak membicarakan isu secara aplikasi sebaliknya memimpin dengan cara konseptual sahaja. Sesuatu kajian kes akan memastikan pelajar dapat membuat keputusan, cadangan ataupun pelan tindakan. Kajian kes ini boleh menjadi panjang, sekadar kajian ringkas ataupun pendek.
11) Kaedah Luar Kelas
Kaedah ini bertujuan mengubah suasana biasa pengajaran dan pembelajaran iaitu semasa berada di dalam kelas. Perubahan suasana pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara realiti pada topik yang hendak disampaikan oleh guru. Kaedah ini membantu memudahkan mereka memahami secara lebih menyeluruh dengan topik yang hendak diajar.
12) Kaedah Dialog
Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog atau perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak diragukan, dikritik dan dibantah lagi.
13) Kaedah Pengembaraan/ Lawatan
Kaedah lawatan sering diberi pengertian sebagai kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar di luar kelas biasa. Dalam pelaksanaan kaedah yang dilakukan, guru secara langsung dapat memberi gambaran yang jelas tentang apa yang dilihat dan dialami oleh murid-murid pada waktu itu, di samping perkara yang dapat dilihat secara kebetulan semasa dalam perjalanan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM KBSM-
BAHAGIAN IBADAH
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Ibadah
Kelas : 1 Bestari
Tarikh : 9 September 2008
Masa : 3:00- 4:00 petang
Bilangan Murid : 38 orang
Tajuk : Khutbah Jumaat
Kemahiran : Mempelajari dan memahami Khutbah Jumaat dan huraian
mengenainya.
PENGETAHUAN SEDIA ADA:
1. Murid-murid telah mempelajari tentang Solat Jumaat melalui unit pelajaran sebelumnya.
2. Murid-murid telah mengetahui tentang Khutbah Jumaat melalui media massa.
3. Murid-murid lelaki khususnya pernah menunaikan Solat Jumaat.
HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
1. Menerangkan maksud Khutbah Jumaat.
2. Menyatakan hukum Khutbah Jumaat.
3. Menerangkan syarat sah Khutbah Jumaat.
4. Menjelaskan rukun khutbah.
5. Menyatakan perkara sunat ketika berkhutbah.
KEMAHIRAN BERFIKIR:
1. Menyusun atur.
2. Membuat inferens dan kesimpulan.
3. Membanding beza.
PENERAPAN NILAI:
1. Menanamkan rasa tanggungjawab dan kewajipan pelajar untuk menunaikan Solat Jumaat.
2. Menekankan kepentingan Khutbah Jumaat sebagai salah satu rukun Solat Jumaat.
3. Mengambil iktibar daripada apa yang disampaikan dalam Khutbah Jumaat.
BAHAN BANTU MENGAJAR:
10. Tayangan Video
11. MP4
12. Tayangan slide
13. Kad Manila
14. Komputer
15. Buku Teks
16. Buku Rujukan
17. Kertas Mahjong
18. Kertas A4
Langkah/ masa
Isi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/ Alat
Pendahuluan
(3 minit)
-Bacaan doa pelajaran.
-Guru memilih wakil seorang murid untuk membacakan doa pelajaran.
-Guru dan murid yang lain sama-sama membaca doa.
Set induksi
(7 minit)
-Menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat.
-Guru menyoal murid :
Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut?
-Guru menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat.
-Murid melihat tayangan tersebut dengan penuh perhatian.
-Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan.
-Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai.
-Guru mengaitkan jawapan murid dengan bahan pembelajaran ini.
Tayangan video
Langkah 1
(12 minit)
-Definisi Khutbah Jumaat:
Ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum Solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran.
-Hukum Khutbah Jumaat:
Wajib
-Dalil kewajipan Khutbah Jumaat:
عن ابن عمر رضى الله عنه قال : كان رسول الله (ص) يخطب يوم الجمعة قائما ثم يجلس ثم يقوم .
-Guru menerangkan definisi Khutbah Jumaat kepada murid.
-Murid mendengar penjelasan guru dengan teliti.
-Guru menyoal murid hukum Khutbah Jumaat.
-Murid menjawab soalan guru.
-Guru membacakan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan jelas.
-Guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru.
-Murid-murid yang lain diminta mengikut bacaan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan suara yang kuat sambil melihat slide.
Tayangan slide
Buku Teks
Langkah 2
(10 minit)
-Syarat sah Khutbah Jumaat:
1. Disampaikan setelah
masuk waktu zohor.
2. Disampaikan sebelum
Solat Jumaat.
3. Rukun khutbah
disampaikan dalam
Bahasa Arab.
4. Khatib duduk
sebentar di
antara dua khutbah.
5. Khatib seorang lelaki.
-Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk menyenaraikan syarat sah Khutbah Jumaat.
-Murid yang dipilih mengikut arahan guru.
-Murid diminta memilih kad manila yang telah disediakan oleh guru berkaitan dengan syarat sah Khutbah Jumaat.
-Guru menyoal murid-murid yang lain sama ada betul atau salah jawapan yang diberikan oleh pelajar.
-Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai.
-Guru menerangkan syarat-syarat sah Khutbah Jumaat secara terperinci.
-Kad manila
Langkah 3(13 minit)
-Rukun khutbah:
1. Memuji Allah Ta’ala,
sekurang-kurangnya
dengan mengucapkan
الحمد لله
2. Berselawat ke atas Nabi,
sekurang-kurangnya
dengan mengucapkan
اللهم صلى على محمد
3. Mengingatkan jemaah
supaya bertakwa kepada
Allah, sekurang-
kurangnya dengan
mengucapkan
إتقوا لله
4. Membaca sekurang-
kurangnya satu ayat al-
Quran sama ada dalam
khutbah pertama atau
kedua.
5. Mendoakan orang-orang
Islam, sekurang-
kurangnya dengan
mengucapkan
اللهم اغفرللمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات
-Guru meminta murid membentuk beberapa kumpulan.
-Murid-murid mendengar arahan guru.
-Guru meminta murid mendengar rakaman tentang Khutbah Jumaat dan meminta murid menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat yang
terdapat dalam rakaman tersebut.
-Murid berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat.
-Guru meminta beberapa orang murid menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat setelah berbincang dalam kumpulan.
-Murid menjawab soalan guru.
-Guru menjelaskan rukun Khutbah Jumaat dengan terperinci.
MP4
Langkah 4
(10 minit)
-Sunat-sunat Khutbah Jumaat:
1. Disampaikan di atas
mimbar.
2. Rukun khutbah
disampaikan mengikut
tertib.
3. Memegang tongkat
ketika berkhutbah.
4. Memberi salam sebelum
duduk di atas mimbar.
5. Berpakaian kemas.
-Hikmah-Hikmah Khutbah Jumaat:
1. Dapat meningkatkan
keimanan dan
ketakwaan kepada Allah
Ta’ala.
2. Dapat mengambil
pengajaran, nasihat dan
isi kandungan khutbah
yang disampaikan oleh
khatib.
3. Dapat menambahkan
ilmu pengetahuan umat
Islam.
4. Menjadikan umat Islam
lebih peka terhadap isu-
isu semasa yang
berlaku di negara-
negara Islam seluruh
dunia.
-Guru menerangkan tentang sunat-sunat khutbah.
-Murid-murid mendengar dengan teliti penerangan guru.
-Guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab teka silang kata.
-Beberapa murid tampil ke hadapan secara sukarela untuk menyelesaikan teka silang kata.
-Guru meminta murid-murid menyenaraikan hikmah-hikmah Khutbah Jumaat.
-Setiap murid menyenaraikan hikmah-hikmah khutbah Jumaat.
-Guru memilih murid secara rawak untuk menerangkan hikmah yang mereka senaraikan.
-Buku Teks
-Kertas Mahjong
-Kertas A4
-Buku Rujukan
Penutup
(5 minit) -Kesimpulan dan rumusan:
-Guru meminta seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan membuat rumusan tentang topik yang dipelajari.
-Murid merumus isi pelajaran yang dipelajari.
-Guru mengulas secara keseluruhan tentang tajuk yang dipelajari.
-Guru memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.
Ulasan guru:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Ulasan Penyelia:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
SOALAN AKTIVITI:
Syarat sah Khutbah Jumaat
Pelajar-pelajar dikehendaki memilih syarat-syarat Khutbah Jumaat dengan betul.
1. Disampaikan setelah masuk waktu zohor.
2. Memuji Allah Ta’ala, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan الحمد لله
3. Disampaikan di atas mimbar.
4. Disampaikan sebelum Solat Jumaat.
5. Rukun khutbah disampaikan dalam Bahasa Arab.
6. Rukun khutbah disampaikan mengikut tertib.
7. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran sama ada dalam khutbah pertama atau kedua.
8. Khatib duduk sebentar di antara dua khutbah.
9. Khatib seorang lelaki.
SOALAN AKTIVITI:
Sunat –sunat Khutbah
1) Khutbah akan disampaikan di atas ___________________ atau tempat yang tinggi.
2) Khatib akan memberi ___________________ pada orang yang ada berdekatan mimbar, kemudian setelah tiba di atas mimbar, khatib akan kembali memberi salam kepada seluruh jemaah.
3) Khatib akan _________________ kepada jemaah.
4) Khutbah akan disampaikan dengan penuh semangat dengan suara yang ______________.
5) Khutbah yang diberikan adalah ringkas tetapi ________________.
6) Ketika berkhutbah, khatib disunatkan memegang __________________
1 T I N G G I
O
N 3 S
2 M E N G H A D A P
I K L
M 3 P A D A T
B T M
A
R
MELINTANG
1) Khutbah akan disampaikan dengan penuh semangat dengan suara yang ______________.
2) Khatib akan _________________ kepada jemaah.
3) Khutbah yang diberikan adalah ringkas tetapi ________________.
MENEGAK
1) Ketika berkhutbah, khatib disunatkan memegang __________________.
2) Khutbah akan disampaikan di atas ___________________ atau tempat yang tinggi.
3) Khatib akan memberi ___________________ pada orang yang ada berdekatan mimbar, kemudian setelah tiba di atas mimbar, khatib akan kembali memberi salam kepada seluruh jemaah.
SOALAN PENILAIAN:
1. Berikan pengertian Khutbah Jumaat ?
2. Nyatakan rukun Khutbah Jumaat ?
3. Nyatakan syarat-syarat sah Khutbah Jumaat ?
4. Senaraikan perkara-perkara sunat Khutbah Jumaat ?
5. Jelaskan tiga hikmat Khutbah Jumaat ?
KESIMPULAN
Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin dan Nor’Aini,1992). Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Ralph (1949), objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya.
Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Guru merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Oleh itu, guru juga mestilah dididik terlebih dahulu. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan (Abdul Rahman Aroff, 1987).
1. Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz bin Talib, Abdul Ghafar Md. Din &
2. Mohamad Haron. ( 1992 ). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
3. Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4. Aninah Janang. (2007). Profesion Keguruan Semakin Malap? Dewan Masyarakat. (5).
5. Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III, Edisi Kedua (Semester III). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
6. Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
7. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah pengajaran & pembelajaran. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
8. Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
9. Mok Song Sang dan Lee Shok Mee. (1991 ). Pedagogi 3 Bahagian A Pengajaran dan Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
10. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaacub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
11. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmina Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
12. Zainudin bin Hassan,Tengku Suhashila bt. Tengku Langjuna,Mohad. Najib bin Abdul Ghaffar& Hamdan bin Said. (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.
13. Zainudin bin Hassan,Tengku Suhashila bt. Tengku Langjuna,Mohad. Najib bin Abdul Ghaffar& Hamdan bin Said. (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Hlm. 1-2. Diperolehi oktober 19, 2008,dari www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2007/TeacherEdn/zainudinUTMfp.pdf.
Labels: Pendidikan Islam