::Falsafah Pendidikan Malaysia::

Photobucket
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

::Ukhuwwah Selamanya::

Sunday, May 9, 2010

REFLEKSI SET INDUKSI KELAS MIKRO PQ

Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat iman dan islam saban hari, saban saat dihembuskan nafas dan udara yang ALLAH kurniakan..Secara rasminya kami berjaya menamatkan kelas pengajaran MIKRO PQ dgn pelbagai penderitaan,kepayahan juga kegembiraan…Kini masing2 sdg menjalankan praktikum..

Sekadar catatan ringkas

Azhar dengan set induksinya strepsils amat mengujakan..ditambah bonus dengan riak muka yang bersahaja memang satu kelebihan kepada azhar…soalan yang dikemukan mengenai strepsils akhirnya anak-anak didik SMAUM dihadiahkan tajuk p&p hari ini….. “HUKUM IZHAR bukan AZHAR okey..P&P hari pertama telah dipukau oleh pengajaran yang bersahaja..Dengan lawak yang spontan mendekatkan lagi komunikasi bertambah dekat dengan anak-anak.. Allah S.W.T menghadiahkan kamu satu kelebihan yang jarang-jarang dimiliki bakal-bakal murobbi..Mudah-mudahan tempias bakat itu juga di anugerahkan kepada kami semua…Ameeeen

Tarmizi pasti dengan style dan gaya yang tersendiri…Memulakan setiap bacaan dengan Bismillah pada setiap perbuatannya..Anak-anak dibelakang terpinga-pinga dengan gelagat ustaz..rupanya tajuk Basmalah dan Tawauz menjadi pilihan pengajaran hari tersebut..Yang ni saya puji..Memang menarik set induksi ni..Simple jer tapi menarik..x leh lebih-lebih puji ni satgi ada orang termasuk dalam bakul sendiri pula..kan2 (^_^)

Fithriah aka K.ya duduk tidak senang saat itu..Kenapa yer???Rupanya tajuk sama dengan Tarmizi..Tp k.ya dengan bakatnya yang tersendiri..Cuba mengolah dengan baik setiap untaian ayat yang dilambungkan..Walaupun sama tapi tidak sama sekali serupa..k.Ya ada kekuatan sendiri ditambah lagi persiapannya saya kira cukup bersedia..Al-Quran yang diselindung disebalik kain diguna sebagai set induksi juga soalan apa yang kamu buat sebelum baca doa??haha mestilah baca bismillah kan??ke kamu semua x baca?? Sematkan kalimah agung setiap kali melakukan apa sahaja..Pasti ada bezanya klu dirasa dengan mata hati..

Izzat personaliti tersendiri..Mengedar kertas A4 kepada anak-anak didik sehelai setiap seorang..Tiba-tiba suruh kami melipat macam kapal terbang yang dia buat..Oooooh pasti tidak akan sama..Bagi masa lama pun confirm tak jadi jgkla..Kemahiran melipat kapal terbang yang cantik-cantik dulu zaman anak-anak sudah lama ditinggalkan..Klu dulu cnfirm kapal terbang kita semua paling cantik..Betul tak kawan2 semua???Kesannya tercipta kapal terbang yang pelbagai bentuk dan rupa..Sungguh malu mengaku kapal terbang milik sendiri..apa yang nak dikaitkan???Kita perlukan panduan untuk membuat kapal terbang..gurulah panduannya..panduan hidup kita bagaimana ya???AL-QURANlah panduan hidup kita semua..

K.Faridah pula ada cara tersendiri untuk menarik kami semua..K.Fify & Taufikh disuruh ke depan dan melakarkan gambar kucing dan harimau..Memang berbakat rupanya sahabat-sahabat PQ..Terpampar kesenian pada setiap lukisan yang dilakarkan di whiteboard..Saya kira imaginasi mereka sungguh baik..Kucing yang comel dengan senyumannya dan harimau yang telah kehilangan belangnya..rasa2 boleh bayangkan tak macam mana hasilnya lukisan tu???jeng.. jeng..mula mencucuk kami dengan pelbagai soalan..macam-macam jawapan yang keluar dari mulut-mulut anak-anak semua..jawapan yang agak lucu pun ada.. Adab Menjaga Orang Sakit dipilih untuk hari itu..

Mohan maaf andai bahasa yang saya gunakan tidak dapat menyampaikan apa yang ingin saya kongsikan..Buat guru atau bakal-bakal guru yang ada set induksi yang menarik jom sama-sama kongsi..Untuk melahirkan generasi yang hebat pasti perlunya anjakan paradigma yang mantap. .Siapa lagi kalau bukan kita yang bergelar dan bakal bergelar guru..Tidak salah berkongsi kerana ilmu itu milik ALLAH S.W.T..

p/s: Mohon maaf shbt2 PQ..shbt2 yg presnt awl2 jer yg smpt sy catatkan..yg lain2 insyaAllah jk brkelapangan akan sy drafkan smla..sungguh saat2 masa ini amt2 pnuh..Halalkan yer set indksi kamu2 sme..Kenangan brsama ttap di ingtn..MiZz U All!!!..

-qisasul-

0 Comments:

Post a Comment